ISU BOLA SEPAK SELANGOR: EXCO KATA PERGI JAHANAM THE RED GIANTS

Thursday 29 March 20180 comments



Entah apa hantu yang rasuk YB Amiruddin Shaari hingga menghaburkan kata-kata kesat terhadap pihak pengurusan pasukan bola sepak Selangor atau The Red Giant.

Go to hell atau pergi jahanam, dalam bahasa rakyat, bukanlah frasa yang elok apatah lagi sopan.

Tapi itulah kata-kata yang digunakan oleh Exco Sukan Kerajaan DAP Negeri Selangor itu ketika menjawab soalan daripada ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi berhubung konflik antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor petang tadi.

Soalan YB Budiman sebenarnya amat mudah untuk dijawab. “Sampai bilakah kemelut itu akan berlaku?” Itu saja.

Sepatutnya, selaku Exco Sukan, Amiruddin sudah ada jawapan yang konkrit. Kalau pun bukan dalam bentuk hitam putih, sekurang-kurangnya timeframe yang menjelaskan perancangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan konflik ini sudah bermain di minda beliau dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Justeru timbul persoalan di sini, kenapa Amiruddin melatah terlalu awal? Adakah beliau tidak boleh dengar lagi perkataan FAS? Ada sesuatu yang menganggu emosinyakah?

Untuk rekod, baru-baru ini DEL mendedahkan tentang satu minit mesyuarat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Kertas EXCO MTES No.: 5/22/2017 yang meluluskan penswastaan KSSA. Berdasarkan catatan pada kertas ini, KSSA tidak lagi diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebaliknya diserahkan kepada syarikat Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (DEFM), sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Amiruddin sendiri.

Oleh itu kami menyimpulkan bahawa, di sebalik emosi yang dijelmakan oleh Amiruddin ketika menjawab soalan lisan oleh YB Budiman itu, beliau sebenarnya cuba menutup perkara yang lebih besar daripada didedahkan atau dibongkarkan di dewan yang tentunya akan direkodkan dan digazetkan setiap patah perkataan yang terbit daripada mulut setiap ahlinya.

Dalam erti kata lain, dengan cara menyerang balas secara ‘ganas’ sedemikian, pihak lawan akan mengendurkan serangan terlebih dahulu atau setidak-tidaknya, akan mengundang asakan daripada ahli dewan yang lain sehingga topik sebenarnya diabaikan sebelum perdebatan dihentikan oleh Speaker.

Dengan cara ini sahajalah mereka (kerajaan negeri) dapat mengelakkan persoalan tentang penswastaan KSSA kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Amiruddin sendiri dibangkitkan dan dibahaskan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun YB Amiruddin harus tahu bahawa perbincangan sebenar tentang isu ini bukanlah di dewan yang dikawal sepenuhnya oleh Speaker. Ruang sebenar adalah di luar. Anda boleh menutup 10 bahkan 100 mulut musuh di dewan dengan kuasa yang dimiliki tetapi anda tidak akan mampu menutup mulut jutaan rakyat Selangor khususnya para penyokong The Red Giant untuk mendapatkan kebenaran di luar dewan.

Go to hell-lah kau pendek!

Nota kaki : Amiruddin dikesan tersasul menyebut Red Giant Sdn. Bhd. ketika menjawab soalan YB Budiman. Apa ada pada syarikat tersebut hingga beliau sendiri tersasul menyebutnya dalam sidang DUN? Kata orang-orang tua, banyak bercakap banyaklah silap.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger