TERKINI! ZALIM SUNGGUH KERAJAAN DAP NI

Tuesday 7 November 20170 comments



1- April 2014 - Hasrat golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri pada harga lebih rendah mungkin hanya tinggal impian apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memansuhkan pemberian diskaun tujuh peratus (7%) melibatkan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Selangorku.

2- Ogos 2016 - Bumiputera di Selangor tidak akan lagi menikmati potongan harga 10% membeli pangsapuri perkhidmatan, Soho dan Sovo di Selangor.

3- Komposisi bilangan unit rumah mampu milik oleh kerajaan negeri di bawah skim rumah Selangorku hanya memperuntukkan 10 peratus rumah jenis A, iaitu di bawah harga RM42,000 yang mampu di miliki oleh golongan yang berpendapatan rendah.

4- Kerajaan yang di bawah DAP mengabaikan masalah infrastruktur di tempat tinggal rakyat rumah mampu milik seperti sistem perparitan, lif, sampah sarap, bumbung dan kemudahan lain.

5- 4 Oktober 2017 - Rumah bekas bilal masjid Lapangan Terbang Subang telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bilal tesebut merupakan Bekas Reformis serta pernah di tahan dalam lokap dan akhirnya berjaya tubuh Kerajaan Negeri (Pakatan Harapan) Selangor.

6- Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra.telah tergendala sejak dari 2006 sehingga kini 2017 berikutan isu harga premium tanah yang tinggi berjumlah RM5 juta yang dikenakan kerajaan negeri sekali gus melebihi kos pembinaan yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3 juta.

7- Matlamat asal penubuhan PKNS pada 1 Ogos 1964 oleh Menteri Besar Selangor kelapan, Allahyarham Datuk Harun Idris, iaitu bagi membantu masyarakat Melayu memiliki rumah dan kediaman selesa di negeri tersebut sehingga popular dengan nama “rumah PKNS” . Namun selepas pemerintahan kerajaan DAP, "rumah PKNS" tidak lagi di kedengaran.

8- Selepas Pakatan Harapan (Kerajaan DAP) memerintah Selangor,cukai pintu telah di naikan. Perkara ini mengakibatkan golongan yang berpendapatan rendah akan terbeban serta tertindas.

Kezaliman di bawah tadbir urus kerajaan DAP ini sering diperkatakan di negeri Pulau Pinang sebelum ini. Tetapi hari ini terang lagi bersuluh,di mana-mana negeri yang di kuasai oleh pembangkang, mesti ada masalah rumah yang di roboh oleh kerajaan DAP. Nilai dan fikirlah sendiri sebelum memberi mandat kepada mereka yang zalim keatas rakyat.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger