TERKINI! PAKATAN HARAPAN MASIH TIADA CALON PERDANA MENTERI

Thursday 19 October 20170 comments


Ketika parti-parti politik lain semakin giat membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2018, Pakatan Harapan pula masih berteka-teka tentang siapakah calon paling layak untuk mengisi jawatan Perdana Menteri.

Situasi ini, menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Senator Khairul Azwan Harun, menunjukkan bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif untuk Malaysia kerana perkara paling asas iaitu pemilihan seorang Perdana Menteri pun masih gagal diselesaikan sehingga kini.

Beliau juga menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir hanya dipergunakan oleh DAP, parti komponen paling dominan dalam Pakatan Harapan, untuk menarik sokongan orang Melayu semata-mata.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger